Tuesday, May 12, 2015

Adakah Shaklee halal?

  1. QS Al Baqarah: 168

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Artinya: “Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.”

 

Adakah anda ragu-ragu dengan produk Shaklee? Dah makan separuh vitamin Shaklee baru perasaan tiada logo halal. Bakinya terus dibuang begitu saja. Haipp..jangan membazir yerkk!~. Membazir itu amalan syaitonnn nir rajimmm..Sebaik-baiknya refer pengedar anda untuk malklumat lanjut. Baru tak tersesat jalan ~. Yang dah terbaca blog tak seberapa saya ni meh sini nak cerita sikit pasal Sijil Halal Shaklee.

SIJIL HALAL.PNG 2015

Untuk makluman semua, sijil halal Shaklee ni dikeluarkan oleh Islamic Services of America(ISA) iaitu sebuah badan yang diiktiraf oleh JAKIM.  Shaklee adalah produk yang dihasilkan dan dibungkus di USA sebelum diimport ke Malaysia.Oleh itu Shaklee perlu mendapatkan pengiktirafan  dari negara sendiri dahulu.  Setiap negara  mempunyai badan pengeluar sijil halal sendiri, seperti JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) di Malaysia. Manakala di USA (United States of America) :

  1. Islamic Food and Nutrition Council of America (INFANCA)
  2. Islamic Services of America (ISA)

Justeru, untuk produk Shaklee ini, telah pun mendapat sijil halal yang sah daripada ISA. Sijil Halal ini pula akan di perbaharui setiap tahun dan disahkan oleh JAKIM.

11

Anda boleh download senarai penuh badan –badan yang mendapat pengiktirafan JAKIM bagi mengeluarkan sijil halal di SINI. Malah pihak JAKIM juga pernah menjawab tentang isu halal Shaklee ini.

 FBJAKIM

Terdapat  28 jenis produk yang tersenarai di dalam senarai Sijil Halal ini.

28PRODUK

Ada pula yang bertanya kena tidak diletakkan logo halal pada botol Shaklee? . Ini adalah kerana pihak Shaklee telah membuat permohonan dalam Group of Conducts seperti mana ubat-ubatan dan supplement tidak perlu seperti di Farmasi dan klinik tidak memerlukan cop Halal tapi cuma perlukan kelulusan dan Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM) .

Di harap dengan penerangan panjang lebar saya ni, anda semua lebih yakin untuk mengamalkan Shaklee tanpa ragu –ragu.Kalau tak yakin juga, boleh hubungi saya, saya akan jelaskan sehingga anda yakin. In sha Allah~

 

SIGN2

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...